Terma & Syarat

Sila baca terma dan syarat ini dengan teliti sebelum mengakses atau menggunakan laman web kami. Dengan mengakses atau menggunakan mana-mana bahagian laman web, anda bersetuju untuk terikat dengan terma dan syarat ini. Sekiranya anda tidak bersetuju dengan semua terma dan syarat ini, maka anda tidak dibenarkan mengakses laman web atau menggunakan perkhidmatan kami.

Anda boleh menyemak terma dan syarat terkini pada bila-bila masa di halaman ini. Kami berhak untuk mengemas kini, mengubah atau mengganti mana-mana bahagian di dalam halaman ini. Adalah menjadi tanggungjawab anda untuk memeriksa halaman ini secara berkala.

Hak Milik

Laman web ini dimiliki dan dikendalikan oleh Elokal Sdn Bhd untuk Program DesamallKPLB yang merupakan program Kementerian Pembangunan Luar Bandar. Semua perisian dan jenis kandungan dalam laman web ini adalah hak milik Elokal Sdn Bhd melainkan jika dinyatakan dengan jelas atau dilindungi oleh pengecualian seperti yang dinyatakan berikut:

– Jenama dan cap dagangan (trademark) adalah hak milik usahawan setiap produk.
– Sebarang jenis pautan ke laman web pihak ketiga yang mengandungi imej, nama produk, cap dagang, jenama, nama syarikat adalah milik usahawan setiap produk.

Syarat Kedai Online

Dengan menyetujui terma dan syarat ini, anda telah menyatakan bahawa anda adalah berumur sekurang-kurangnya umur majoriti di negeri atau wilayah tempat tinggal anda, atau anda adalah usia majoriti di negeri atau wilayah tempat tinggal anda dan anda telah memberikan persetujuan kepada kami untuk membenarkan mana-mana tanggungan bawah umur anda menggunakan laman web ini. Anda tidak boleh menggunakan produk kami untuk tujuan yang menyalahi undang. Jika terdapat sebarang perlanggaran terma dan syarat yang telah ditetapkan, pihak Elokal Sdn Bhd akan mengambil tindakan segera terhadap pelaku.

Pautan ke Laman Web Lain

Kandungan, produk dan perkhidmatan yang tersedia melalui perkhidmatan kami mungkin merangkumi bahan dari pihak ketiga. Bahan dari pihak ketiga di laman web ini boleh membawa anda ke pautan laman web pihak ketiga. Kami tidak bertanggungjawab untuk memeriksa atau menilai kandungan atau ketepatan laman web pihak ketiga. Kami juga tidak menjamin dan tidak akan bertanggungjawab terhadap bahan atau laman web pihak ketiga termasuk sebarang jenis produk dan perkhidmatan dari pihak ketiga Kami tidak bertanggungjawab atas sebarang kerosakan yang berkaitan dengan pembelian atau penggunaan barang, perkhidmatan, sumber, kandungan, atau transaksi lain yang dilakukan berkaitan dengan laman web pihak ketiga.

Produk atau Perkhidmatan

Produk atau perkhidmatan tertentu mungkin tersedia secara eksklusif dalam talian melalui laman web kami. Produk atau perkhidmatan ini mungkin mempunyai jumlah yang terhad dan hanya boleh dikembalikan atau ditukar mengikut Polisi Pemulangan dan Pembayaran Balik dari kami.

Kami telah berusaha sedaya mungkin untuk menampilkan warna dan gambar produk kami setepat yang mungkin seperti yang dipaparkan di kedai atas talian kami. Kami tidak dapat menjamin bahawa paparan warna komputer monitor anda akan tepat.

Kami berhak untuk membatasi jumlah produk atau perkhidmatan yang kami tawarkan. Semua keterangan mengenai produk atau harga produk boleh berubah pada bila-bila masa tanpa notis. Kami juga berhak untuk menghentikan sebarang produk pada bila-bila masa. Kami tidak menjamin bahawa kualiti produk, perkhidmatan, maklumat, atau bahan yang dibeli atau diperoleh oleh anda akan memenuhi jangkaan anda.
Sebarang kesalahan dalam perkhidmatan kami akan diperbaiki