Ciri-ciri Produk
Kurma kaya dengan nutrisi yang baik untuk tubuh anda, malah ia mengandungi lebih banyak kalori dan karbohidrat.
Keterangan Produk
Kurma kaya dengan nutrisi yang baik untuk tubuh anda, malah ia mengandungi lebih banyak kalori dan karbohidrat.
Ia juga mengandungi vitamin, mineral dan serat serta antioksidan yang dapat menjauhkan anda daripada pelbagai penyakit berbahaya.
Berikut adalah enam manfaat kurma yang dibuktikan secara sainstifik.
1. Sumber serat untuk melancarkan pencernaan Kurma merupakan sumber serat yang baik untuk tubuh kita terutama bagi saluran pencernaan dan mencegah masalah sembelit. Kajian mendapati, individu yang makan tujuh biji kurma setiap hari akan membuang air besar secara teratur.
2. Mengawal gula dalam darah Kurma mempunyai rasa manis dengan kandungan fruktosa yang baik untuk tubuh. Fruktosa merupakan jenis gula semula jadi pada buah.
3. Kaya antioksidan Kurma mengandungi antioksidan yang dapat mencegah pelbagai penyakit kronik. Fungsi antioksidan melindungi sel-sel dalam tubuh daripada radikal bebas.
4. Meningkatkan kesihatan otak Kajian menunjukkan kurma dapat mengurangkan inflamasi pada otak serta mengurangkan risiko penyakit seperti alzheimer serta pembentukan plak pada otak. Ia juga meningkatkan daya ingatan.
5. Menjaga kesihatan tulang Bukan susu sahaja baik untuk tulang tapi begitu juga kurma! Ini kerana ia mengandungi mineral iaitu fostor, kalium, kalsium dan magnesium yang dapat mencegah penyakit tulang seperti osteoporosis.
6. Mengatasi masalah seksual Kurma juga baik untuk kesihatan seksual – kadar estradiol dan flavonoid pada kurma meningkatkan jumlah dan kualiti sperma kaum lelaki.
Reviews
There are no reviews yet.