Pemulangan & Pembayaran Balik
Sekiranya anda tidak berpuas hati dengan barang yang dibeli, anda boleh mengembalikannya ke gudang kami. Untuk tujuan pemulangan, sila hubungi talian khidmat pelanggan kami di +6019-7804964 sebelum anda membuat pemulangan. Pemulangan tanpa makluman tidak akan di proses. Barang haruslah dikembalikan dalam bungkusan asal beserta invois asal dalam masa 7 hari dari tarikh pembelian untuk proses penggantian atau bayaran balik.
Kami akan membayar kos penghantaran balik sekiranya produk tersebut rosak atau pengembaliannya adalah hasil daripada kesilapan kami. Sekiranya barang itu dikembalikan kerana alasan lain, anda bertanggungjawab untuk menanggung kos penghantaran balik.
Produk akan diperiksa setelah diterima. Semua pemulangan harus berada dalam keadaan baik dan berada di dalam bungkusan asal, termasuk invois. Invois haruslah disertakan agar pengembalian wang penuh dapat dilakukan. Tiada bayaran balik akan dikeluarkan sekiranya produk menunjukkan tanda-tanda penggunaan. Tidak ada pemulangan yang akan diterima selepas 30 hari. Jaminan kami tidak meliputi kerosakan yang disebabkan oleh pelanggan dan kerosakan semasa proses penghantaran oleh pihak perkhidmatan kurier.
Setelah kami menerima produk yang dikembalikan, kami akan membuat pembayaran dengan jumlah yang sama seperti pembayaran asal anda dalam masa 7 hari setelah kami menerima barang yang dikembalikan.
Sila kembalikan pembelian anda ke alamat berikut:
Elokal Sdn Bhd
G-08 Pinnacle Kelana Jaya,
No.1 Jalan SS 7/26,
Zenith Corporate Park Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya, Selangor